Surau Ubudiah, Taman Seri Gombak

Surau yang cantik, selesa, berhawa dingin, kemudahan letak kereta yang mudah.

Salam Rejab , Syaaban , Ramadhan 1436H , Jom Ke Surau @ Masjid, Jangan Lepaskan Peluang Beribadah

Semoga Ramadhan kali ini kita tidak akan rugi lagi, Kurangkan Juadah, Banyakkan Sedekah, Tingkatkan Ibadah.

Persediaan Ramadhan 1436H

Event Tahunan Terbesar : Solat berjemaah 5 Waktu, Solat Terawikh 20 Rakaat, Majlis Tahlil, Kuliah Subuh, Tazkirah Malam Ramadhan, Tadarus Al-Quran, Majlis Berbuka Puasa

Aktiviti / Program di Surau

Program dan Aktiviti yang dijalankan melibatkan jemaah serta masyarakat setempat

Surau Ubudiah Taman Seri Gombak

Surau Ubudiah, SG 9/33, Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Pertandingan Sepak Raga Bulatan


Maklumat Pertandingan Sepak Raga Bulatan
Tarikh : 25 April 2015 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Padang Surau Ubudiah, Taman Seri Gombak

Syarat Pertandingan
  1. Terbuka kepada masyarakat setempat terutamanya Penduduk Taman Seri Gombak.
  2. Peserta hanya dibenarkan untuk memasuki 1(satu) pasukan sahaja.
  3. Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 3 peserta.
  4. Borang pertandingan boleh diperolehi daripada urusetia se awal jam 8.00 pagi pada 25 April 2015.
  5. Sebarang keputusan yang diputuskan oleh juri adalah muktamad.
  6. Setiap pemain diminta untuk menimbang tidak melebihi 5 kali setiap giliran.
  7. Setiap pasukan diberi masa selama 5 minit maksimum untuk membuat timbangan bola atau 3 kali peluang bola jatuh ke tanah yang mana lebih dahulu.
  8. Pasukan yang paling banyak menimbang bola atau mata tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang.
  9. Penganjur berhak meminda waktu pertandingan jika melibatkan keselamatan dan keselesaan peserta.
  10. Penganjur berhak meminda atau menambah syarat dan peraturan pertandingan sekiranya perlu.
  11. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemalangan, kehilangan harta benda, kerosakan atau kehilangan nyawa semasa, sebelum atau selepas pertandingan ini dijalankan.

Pertandingan Mewarna Sempena Karnival Komuniti Fasa 9 & 10 Taman Seri Gombak


Objektif

  1) Menggalakkan kanak-kanak pra sekolah dan kanak-kanak sekolah memaparkan bakat         mereka.
  2) Mencungkil dan mengasah bakat di kalangan  kanak-kanak agar berani menyertai                 pertandingan dikhalayak umum
  3) Menggalakkan perkembangan daya kreatif dan imaginasi kanak-kanak ketika                       mewarna.

Pertandingan Mewarna akan diadakan pada hari Sabtu, 25 April 2015 bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Pendaftaran akan bermula jam 8.00 pagi hingga 8.30 pagi. Terbuka kepada tiga (3) kategori:
    I. Kategori A: 4 – 6 tahun
   II. Kategori B: 7 – 9 tahun
  III. Kategori C: 10 – 12 tahun

Hadiah Pertandingan

Kategori A , B dan C
1. Johan (X 3)
2. Naib Johan (X 3)
3. Ketiga(X 3)
4. Ke-4 (X 3)
5. Ke-5 (X 3)

Syarat-syarat penyertaan

1) Terbuka kepada kanak-kanak pra sekolah dan kanak-kanak sekolah rendah dalam 3             kategori:
               Kategori A: 5-6 tahun ||  Kategori B: 7-9 tahun ||  Kategori C: 10-12 tahun
               (Terhad kepada 30 orang peserta sahaja bagi setiap kategori)
2) Pihak penganjur menyediakan peralatan mewarna (pencil warna 12pcs kecil) .                       Kertas lukisan disediakan.
3) Masa yang ditetapkan untuk mewarna adalah 1 jam sahaja.
4) Pertandingan ini dihakimi oleh penal hakim yang dilantik oleh penganjur.
5) Segala kos perjalanan untuk datang ke tempat pertandingan ditanggung oleh peserta           sendiri.

Borang Penyertaan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:
Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:
Urusetia Pertandingan Mewarna
Surau Ubudiah Taman Seri Gombak,
SG 9/33, Taman Seri Gombak
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan
ATAU
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Hajah Azizah Osman di talian 019-3528428.

Doa Bulan Rejab






Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa,

”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.”

Ertinya: Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rajab dan Sya’ban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.

(HR. Ahmad dan Tabrani)

Kredit : www.m-mathurat.com

KARNIVAL KOMUNITI SURAU UBUDIAH TAMAN SERI GOMBAK

Surau Ubudiah Taman Seri Gombak akan menganjurkan program karnival komuniti seperti diperincikan berikut:

         Program  :  Karnival Komuniti Surau Ubudiah Taman Sri Gombak Fasa 9 & 10.
         Tarikh       :  25 hb April 2015, jam 8.00 pagi – 5.00 petang.
         Tempat   :  Dataran Ubudiah, Jalan SG9/33, Taman Sri Gombak


Salam Maulidur Rasul 1436H / 2015M

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Maulidur Rasul 1436H / 2015M. 

Tanggal 12 Rabiulawal merupakan tarikh lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Maulid Nabi SAW yang disambut setiap tahun oleh kaum Muslimin seluruh dunia pada alaf ini adalah satu bentuk pengagungan dan tanda kecintaan serta penghormatan seluruh umat terhadap Nabi Muhammad SAW.


BIODATA RASULULLAH SAW


Nama
:
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir
:
Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi
(dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
Tempat lahir
:
Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa
:
Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu
:
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
Pengasuh pertama
:
Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama
:
Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua
:
Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.  · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.  Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.  Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.  Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.  Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.   Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

        ·  Khadijah Binti Khuwailid.
        ·  Saudah Binti Zam'ah.
        ·  Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
        ·  Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
        ·  Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
        ·  Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
        ·  Zainab Binti Jahsy.
        ·  Maimunah Binti Harith.
        ·  Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
        ·  Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

         1. Qasim
         2. Abdullah
         3. Ibrahim
         4. Zainab
         5. Ruqaiyah
         6. Ummi Kalthum
         7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
 Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama  Hind bin Habbasy.  Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
         1. Thuwaibah
         2. Hamzah
         3. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
         1. Halimah Al-Saidiyyah
         2. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
         3. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
         4. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
         5. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

         1. Al-Harith
         2. Muqawwam
         3. Zubair
         4. Hamzah ***
         5. Al-Abbas ***
         6. Abu Talib
         7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
         8. Abdul Ka ' bah
         9. Hijl
       10. Dhirar
       11. Umaimah
       12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
       13. Atiqah ##
       14. Arwa ##
       15. Umaimah
       16. Barrah
       17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai  aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam  syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Nabi Muhammad SAW - Manusia Agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.  Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata / pandangan para sahabat terhadap baginda ialah:

§  Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
§  Aku melihat cahaya dari lidahnya.
§  Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
§  Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
§  Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
§  Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
§  Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
§  Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
§  Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
§  Wajahnya seperti bulan purnama.
§  Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
§  Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
§  Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
§  Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
§  Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
§  Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
§  Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
§  Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
§  Janggutnya penuh dan tebal menawan.
§  Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
§  Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
§  Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
§  Rambutnya sedikit ikal.
§  Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
§  Rambutnya terbelah di tengah.
§  Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
§  Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
§  Seimbang antara kedua bahunya.
§  Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
§  Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
§  Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
§  Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
§  Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
§  Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
§  Warna putihnya lebih banyak.
§  Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
§  Warna kulitnya putih tapi sihat.




جَزَاكُÙ…ُ اللهُ Ø®َÙŠْرًا ÙƒَØ«ِÙŠْرًا ÙˆَجَزَاكُÙ…ُ اللهُ اَØ­ْسَÙ†َ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


Credit :
relakssminda.blogspot.com
www.islam2u.net
www.islam.gov.my

Jawatankuasa Surau Ubudiah Taman Seri Gombak



BIL
NAMA
JAWATAN
NO. TELEFON
1.
KHAIRUL FAHMI MATSOM
Pengerusi
012-3546744
2.
HAJI MAT AGIL CHE WIL
Timbalan Pengerusi
013-2322102
3.
HAJI SAMSUDDIN ABDUL KADIR
Setiausaha
019-2167140
4.
SYED FAUZAN SYED SULAIMAN
Bendahari
019-3520455

5.
USTAZ MOHAMMAD FAIROZ
IMAM 1
013-3401567
6.
USTAZ MOHD NAZIR
IMAM 2
[Cuti Belajar]
7.
HAJI WAHAB IKHSAN
IMAM 3
019-2676189
8.
HAJI ZULKIFLI YAACOB
IMAM 4
019-2867819
9.
HAJI HASHIM MAMAT
BILAL 1
012-3738440
10.
HAJI SHAHIDAN
BILAL 2
013-3548028
11.
MOHD NAZRI MOHD
BILAL 3
012-3538776
12.
MOHD NOOR BIN OSMAN
BILAL 4
019-2103019
13.
MOHD ISA
SIAK 1
012-3722792
14.
HAJI MAHMUD SHARIBUN
SIAK 2
019-2097841
15.
AZMAN KASIM
SIAK 3
012-3759604
16.
[ KOSONG ]
SIAK 4
-


17.
HAJI MAT AGIL CHE WIL
Lajnah Pembangunan
013-2322102
18.
HAJI ZULKIFLI YAACOB
Lajnah Dakwah
019-2867819
19.
HAJI SALIM BIN MUSTAM
Lajnah Kebajikan
017-2800026
20.
HAJI AZROON MD. ZAHARI
Lajnah Perhubungan
017-3190129
21.
HAJI AZHAR IBRAHIM
Lajnah Belia
019-6067664
22.
MOHD ESAINI BIN MUSA
Lajnah Penerangan
019-3583528
23.
MOHD HASRIQ HASSAN
Lajnah Riadah
019-2042000


25.
HAJAH AZIZAH OSMAN
Ketua Muslimah
019-3528428
26.
HAJAH SUPIAH A. JALIL
BILAL WANITA
019-2150424


27.
ABDUL RAHIM BIN ZAINAL
Pemeriksa Kira-Kira
012-2276343
28.
ZUHAIME CHE MOHD
Pemeriksa Kira-Kira
013-3948515