Pertandingan Sepak Raga Bulatan


Maklumat Pertandingan Sepak Raga Bulatan
Tarikh : 25 April 2015 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Padang Surau Ubudiah, Taman Seri Gombak

Syarat Pertandingan
  1. Terbuka kepada masyarakat setempat terutamanya Penduduk Taman Seri Gombak.
  2. Peserta hanya dibenarkan untuk memasuki 1(satu) pasukan sahaja.
  3. Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 3 peserta.
  4. Borang pertandingan boleh diperolehi daripada urusetia se awal jam 8.00 pagi pada 25 April 2015.
  5. Sebarang keputusan yang diputuskan oleh juri adalah muktamad.
  6. Setiap pemain diminta untuk menimbang tidak melebihi 5 kali setiap giliran.
  7. Setiap pasukan diberi masa selama 5 minit maksimum untuk membuat timbangan bola atau 3 kali peluang bola jatuh ke tanah yang mana lebih dahulu.
  8. Pasukan yang paling banyak menimbang bola atau mata tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang.
  9. Penganjur berhak meminda waktu pertandingan jika melibatkan keselamatan dan keselesaan peserta.
  10. Penganjur berhak meminda atau menambah syarat dan peraturan pertandingan sekiranya perlu.
  11. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemalangan, kehilangan harta benda, kerosakan atau kehilangan nyawa semasa, sebelum atau selepas pertandingan ini dijalankan.