Objektif
1) Menggalakkan kanak-kanak pra sekolah dan kanak-kanak sekolah memaparkan bakat mereka.
2) Mencungkil dan mengasah bakat di kalangan kanak-kanak agar berani menyertai pertandingan dikhalayak umum
3) Menggalakkan perkembangan daya kreatif dan imaginasi kanak-kanak ketika mewarna.
Pertandingan Mewarna akan diadakan pada hari Sabtu, 25 April 2015 bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Pendaftaran akan bermula jam 8.00 pagi hingga 8.30 pagi. Terbuka kepada tiga (3) kategori:
I. Kategori A: 4 – 6 tahun
II. Kategori B: 7 – 9 tahun
III. Kategori C: 10 – 12 tahun
Hadiah Pertandingan
Kategori A , B dan C
1. Johan (X 3)
2. Naib Johan (X 3)
3. Ketiga(X 3)
4. Ke-4 (X 3)
5. Ke-5 (X 3)
Syarat-syarat penyertaan
1) Terbuka kepada kanak-kanak pra sekolah dan kanak-kanak sekolah rendah dalam 3 kategori:
Kategori A: 5-6 tahun || Kategori B: 7-9 tahun || Kategori C: 10-12 tahun
(Terhad kepada 30 orang peserta sahaja bagi setiap kategori)
2) Pihak penganjur menyediakan peralatan mewarna (pencil warna 12pcs kecil) . Kertas lukisan disediakan.
3) Masa yang ditetapkan untuk mewarna adalah 1 jam sahaja.
4) Pertandingan ini dihakimi oleh penal hakim yang dilantik oleh penganjur.
5) Segala kos perjalanan untuk datang ke tempat pertandingan ditanggung oleh peserta sendiri.
Borang Penyertaan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:
Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:
Urusetia Pertandingan Mewarna
Surau Ubudiah Taman Seri Gombak,
SG 9/33, Taman Seri Gombak
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan
Surau Ubudiah Taman Seri Gombak,
SG 9/33, Taman Seri Gombak
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan
ATAU
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Hajah Azizah Osman di talian 019-3528428.