بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Salam Maulidur Rasul 1436H / 2015M.
BIODATA RASULULLAH SAW
Nama
|
:
|
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin
Hashim.
|
Tarikh lahir
|
:
|
Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20
April 571 Masehi
(dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa
tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
|
Tempat lahir
|
:
|
Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
|
Nama bapa
|
:
|
Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
|
Nama ibu
|
:
|
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
|
Pengasuh pertama
|
:
|
Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW)
|
Ibu susu pertama
|
:
|
Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
|
Ibu susu kedua
|
:
|
Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih
dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
|
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada
Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian
syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab
ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di
antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan
bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula
meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah
riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu
Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. · Di kota Busra, negeri
Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu
ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di
kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar
. Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan
pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai
peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam
atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain
pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah
yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah
adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan
meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh
pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan
untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan
berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira '
sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah
Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di
Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632
Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
· Khadijah
Binti Khuwailid.
· Saudah Binti Zam'ah.
· Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
· Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
· Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
· Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
· Zainab Binti Jahsy.
· Maimunah Binti Harith.
· Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
· Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
· Saudah Binti Zam'ah.
· Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
· Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
· Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
· Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
· Zainab Binti Jahsy.
· Maimunah Binti Harith.
· Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
· Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin
Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin
Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang
janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah
2. Hamzah
3. Abu Salamah Abdullah bin
Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah
2. Abu Sufyan bin Harith bin
Abdul Mutallib
3. Abdullah bin Harith bin Abdul
' Uzza
4. Syaima ' binti Harith bin
Abdul ' Uzza
5. ' Aisyah binti Harith bin
abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH
SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL
MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha
(Ummu Hakim)
13. Atiqah
##
14. Arwa
##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah
(ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat
tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah
mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku
di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
Nabi Muhammad SAW - Manusia
Agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W.
SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan
seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda
lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan
oleh Baginda.
Di antara kata-kata / pandangan
para sahabat terhadap baginda ialah:
§ Aku
belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
§ Aku
melihat cahaya dari lidahnya.
§ Seandainya
kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
§ Rasulullah
jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
§ Rasulullah
umpama matahari yang bersinar.
§ Aku
belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
§ Apabila
Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
§ Kali
pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
§ Wajahnya
tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
§ Wajahnya
seperti bulan purnama.
§ Dahi
baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
§ Urat
darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
§ Mata
baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
§ Garis-garis
merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
§ Hidungnya
agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali
melihatnya.
§ Mulut
baginda sederhana luas dan cantik.
§ Giginya
kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
§ Apabila
berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
§ Janggutnya
penuh dan tebal menawan.
§ Lehernya
kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
§ Warna
lehernya putih seperti perak, sangat indah.
§ Kepalanya
besar tapi terlalu elok bentuknya.
§ Rambutnya
sedikit ikal.
§ Rambutnya
tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir
rapi.
§ Rambutnya
terbelah di tengah.
§ Di
tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke
pusat.
§ Dadanya
bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd
biasa.
§ Seimbang
antara kedua bahunya.
§ Pergelangan
tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn
cantik.
§ Tapak
tangannya bagaikan sutera yang lembut.
§ Perut
betisnya tidak lembut tetapi cantik.
§ Kakinya
berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
§ Terlalu
sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
§ Warna
kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
§ Warna
putihnya lebih banyak.
§ Warna
kulit baginda putih kemerah-merahan.
§ Warna
kulitnya putih tapi sihat.
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah
Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT
akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Credit :
relakssminda.blogspot.com