Surau Ubudiah, Taman Seri Gombak

Surau yang cantik, selesa, berhawa dingin, kemudahan letak kereta yang mudah.

Salam Rejab , Syaaban , Ramadhan 1436H , Jom Ke Surau @ Masjid, Jangan Lepaskan Peluang Beribadah

Semoga Ramadhan kali ini kita tidak akan rugi lagi, Kurangkan Juadah, Banyakkan Sedekah, Tingkatkan Ibadah.

Persediaan Ramadhan 1436H

Event Tahunan Terbesar : Solat berjemaah 5 Waktu, Solat Terawikh 20 Rakaat, Majlis Tahlil, Kuliah Subuh, Tazkirah Malam Ramadhan, Tadarus Al-Quran, Majlis Berbuka Puasa

Aktiviti / Program di Surau

Program dan Aktiviti yang dijalankan melibatkan jemaah serta masyarakat setempat

Surau Ubudiah Taman Seri Gombak

Surau Ubudiah, SG 9/33, Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Pertandingan Sepak Raga Bulatan


Maklumat Pertandingan Sepak Raga Bulatan
Tarikh : 25 April 2015 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Padang Surau Ubudiah, Taman Seri Gombak

Syarat Pertandingan
  1. Terbuka kepada masyarakat setempat terutamanya Penduduk Taman Seri Gombak.
  2. Peserta hanya dibenarkan untuk memasuki 1(satu) pasukan sahaja.
  3. Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 3 peserta.
  4. Borang pertandingan boleh diperolehi daripada urusetia se awal jam 8.00 pagi pada 25 April 2015.
  5. Sebarang keputusan yang diputuskan oleh juri adalah muktamad.
  6. Setiap pemain diminta untuk menimbang tidak melebihi 5 kali setiap giliran.
  7. Setiap pasukan diberi masa selama 5 minit maksimum untuk membuat timbangan bola atau 3 kali peluang bola jatuh ke tanah yang mana lebih dahulu.
  8. Pasukan yang paling banyak menimbang bola atau mata tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang.
  9. Penganjur berhak meminda waktu pertandingan jika melibatkan keselamatan dan keselesaan peserta.
  10. Penganjur berhak meminda atau menambah syarat dan peraturan pertandingan sekiranya perlu.
  11. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemalangan, kehilangan harta benda, kerosakan atau kehilangan nyawa semasa, sebelum atau selepas pertandingan ini dijalankan.

Pertandingan Mewarna Sempena Karnival Komuniti Fasa 9 & 10 Taman Seri Gombak


Objektif

  1) Menggalakkan kanak-kanak pra sekolah dan kanak-kanak sekolah memaparkan bakat         mereka.
  2) Mencungkil dan mengasah bakat di kalangan  kanak-kanak agar berani menyertai                 pertandingan dikhalayak umum
  3) Menggalakkan perkembangan daya kreatif dan imaginasi kanak-kanak ketika                       mewarna.

Pertandingan Mewarna akan diadakan pada hari Sabtu, 25 April 2015 bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Pendaftaran akan bermula jam 8.00 pagi hingga 8.30 pagi. Terbuka kepada tiga (3) kategori:
    I. Kategori A: 4 – 6 tahun
   II. Kategori B: 7 – 9 tahun
  III. Kategori C: 10 – 12 tahun

Hadiah Pertandingan

Kategori A , B dan C
1. Johan (X 3)
2. Naib Johan (X 3)
3. Ketiga(X 3)
4. Ke-4 (X 3)
5. Ke-5 (X 3)

Syarat-syarat penyertaan

1) Terbuka kepada kanak-kanak pra sekolah dan kanak-kanak sekolah rendah dalam 3             kategori:
               Kategori A: 5-6 tahun ||  Kategori B: 7-9 tahun ||  Kategori C: 10-12 tahun
               (Terhad kepada 30 orang peserta sahaja bagi setiap kategori)
2) Pihak penganjur menyediakan peralatan mewarna (pencil warna 12pcs kecil) .                       Kertas lukisan disediakan.
3) Masa yang ditetapkan untuk mewarna adalah 1 jam sahaja.
4) Pertandingan ini dihakimi oleh penal hakim yang dilantik oleh penganjur.
5) Segala kos perjalanan untuk datang ke tempat pertandingan ditanggung oleh peserta           sendiri.

Borang Penyertaan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:
Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:
Urusetia Pertandingan Mewarna
Surau Ubudiah Taman Seri Gombak,
SG 9/33, Taman Seri Gombak
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan
ATAU
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Hajah Azizah Osman di talian 019-3528428.

Doa Bulan Rejab






Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa,

”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.”

Ertinya: Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rajab dan Sya’ban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.

(HR. Ahmad dan Tabrani)

Kredit : www.m-mathurat.com

KARNIVAL KOMUNITI SURAU UBUDIAH TAMAN SERI GOMBAK

Surau Ubudiah Taman Seri Gombak akan menganjurkan program karnival komuniti seperti diperincikan berikut:

         Program  :  Karnival Komuniti Surau Ubudiah Taman Sri Gombak Fasa 9 & 10.
         Tarikh       :  25 hb April 2015, jam 8.00 pagi – 5.00 petang.
         Tempat   :  Dataran Ubudiah, Jalan SG9/33, Taman Sri Gombak