Surau Ubudiah, Taman Seri Gombak

Surau yang cantik, selesa, berhawa dingin, kemudahan letak kereta yang mudah.

Salam Rejab , Syaaban , Ramadhan 1436H , Jom Ke Surau @ Masjid, Jangan Lepaskan Peluang Beribadah

Semoga Ramadhan kali ini kita tidak akan rugi lagi, Kurangkan Juadah, Banyakkan Sedekah, Tingkatkan Ibadah.

Persediaan Ramadhan 1436H

Event Tahunan Terbesar : Solat berjemaah 5 Waktu, Solat Terawikh 20 Rakaat, Majlis Tahlil, Kuliah Subuh, Tazkirah Malam Ramadhan, Tadarus Al-Quran, Majlis Berbuka Puasa

Aktiviti / Program di Surau

Program dan Aktiviti yang dijalankan melibatkan jemaah serta masyarakat setempat

Surau Ubudiah Taman Seri Gombak

Surau Ubudiah, SG 9/33, Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Salam Ramadhan al Mubarak 1435H




Seluruh Jawatankuasa & Jemaah Surau Ubudiah mengucapkan Salam Ramadhan 1435H. Ramadhan Kareem. Semoga ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya in shaa Allah..


Alamat & Lokasi


Surau Ubudiah
SG 9/33, Taman Seri Gombak
Batu Caves, Selangor Darul Ehsan
Malaysia.

Visi, Misi, Moto



VISI:

Visi Surau Ubudiah, Taman Seri Gombak adalah untuk menjadikan Surau sebagai Pusat Sehenti (One-Stop Centre) kegiatan ummah menjelang 2020 dalam membangun keimanan, ketaqwaan dan beramal berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

MISI:

Misi Surau Ubudiah adalah seperti berikut:
  • Mengurus dan mentadbir dengan amanah, telus dan mampu menunjukkan qudwah hasanah (contoh ikutan yang baik)
  • Membangun keperibadian dan jatidiri ummah yang berasaskan Aqidah, Syariah dan Akhlak Islamiyah melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan
  • Sebagai pusat ibadat, perkembangan ilmu dan perpaduan ummah
  • Bersedia membantu dalam menyelesaikan pemasalahan di kalangan masyarakat

 Moto:
"Ubudiah Kami Sayangi"

Selamat Datang ke Laman sesawang Rasmi Surau Ubudiah, Taman Seri Gombak


Assalamualaikum & Salam Sejahtera ..

Terima kasih kerana mengunjungi laman sesawang Surau Ubudiah, Taman Seri Gombak. Kami amat mengalu alukan kehadiran anda di sini. Diharapkan dengan kewujudan laman sesawang ini dapat memberi kemudahan kepada kepada umum bagi mendapatkan informasi terkini berkaitan Surau, Jadual Kuliah, Program serta aktiviti yang bakal dan telah dijalankan dari semasa ke semasa. Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau aduan tentang hal-hal yang berkaitan, sila ajukan kepada kami melalui emel di surau-ubudiah@googlegroups.com atau laman sesawang sosial Facebook kami di https://www.facebook.com/SurauUbudiahTamanSriGombak .

Jadual Kuliah Julai / Ramadhan 2014/1435H

Surau Ubudiah,  Taman Seri Gombak juga menawarkan kuliah harian seperti di dalam jadual di bawah :